RUU Antilompat Parti | Tumpu isu Ahli Parlimen dipecat parti, lompat dari gabungan

2022-07-18 0

Isu ahli parlimen dipecat oleh parti dan ahli parlimen yang melompat dari satu gabungan kepada gabungan parti lain perlu diberi tumpuan selepas RUU Akta Lompat Parti diluluskan.

Prof. Wong Chin Huat menjelaskan, dua isu kontroversi itu perlu ditangani dengan memberi kuasa kepada pengundi untuk memecat wakil rakyat dan seterusnya mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK).